Jumaat, 7 Jun 2013

HijratulSofea Kini Punya Blog Yang Mempersona

Assalamualaikum ...pembuka bicara..
Salam keramat untuk semua yang seagama dengan ku..
Dan salam sejahtera kepada sesiapa 
Yang berkenaan jika terjumpa blog
HijratulSofea di jendela maya..

Setinggi-tinggi rakaman terima kasih
kepada blogger pemilik Blog Pesona 
( Etuza Warna- Warna Kehidupan )
sila klik nak tengok..
Kerana dialah aku kini ada sebuah 
blog yang cantik ini..
Kemudian terima kasih juga kepada..
Pemilik blog yang sungguh cantik ini 
iaitu Cik Rose
Cik Rose juga ternyata ada membantu
membina blog untuk kami
keluarga HijrahtulSofea..

    Benar-benar blog ini kini terlukis untuk aku dan HijratulSofea. Kemudian ada kata-kata hikmah yang amat merdu  dan mudah difahami iaitu "ANDAI KU PUNYA MASA KU TULIS SEMUA MEMORI KEHIDUPANKU " Kata-kata ini jelas membuktikan bahawa jika aku punyai masa terluang dan benar-benar lapang tanpa sebarang ganguan aku pasti akan menulis. Sayang sekali, jika diteliti dari segi masa...bagaikan aku mencari bila benar2 ada masa untuk mengisi ruang catatan blog HijratulSofea ini. Aku tahu menulis di blog bukan sekadar main-main, walaupun berblog tiada undang2 penulisan sebenar, hatta cuma sepatah kata maka akan jadilah pengisian blog tertentu. Namun bukan itu caraku berblog. Aku mahu blog ini ada nafas ada ilmu dan ada hikmah untuk generasiku dimasa akan datang. Dengan itu...aku akan mencuba membuat pengisian blog ini dengan kualiti tersendiri.

Kepada semua ...inilah pembuka blog HijrahtulSofea. Memulakan dengan ucapan syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada dua blogger yang aktif mempersembahkan blog di jendela maya ( etuza dan cik rose ). Insha Allah aku pasti selepas ini akan ada pengisian dari ku..khasnya keluarga HijratulSofea. Harap Maklum...

1 ulasan:

  1. Asalamualaikum..
    semoga rasa senang dengan blog baru ini. pada saya blog ini ada daya tarikan tersendiri. nanti boleh tukar tu pasward ya ..klik pada ruang tetapan dan tukarlah pasward tetapi pastikan catat di buku catatan tu pasward manalah tahu lupa kan. boleh tambah lagi alat dalam blog ni..

    BalasPadam